100 Lagu-lagu Popular Pilihan DJ Chuari Selamat
Boleh beli di sini http://bit.ly/1Jg8p9Y
Lihat senarai lagu disini http://bit.ly/1PkoZpr
Koleksi ini merupakan pilihan dari pengamatan DJ Chuari Selamat dalam bidang hiburan selama lebih dari 30 tahun. DJ Chuari merupakan juruhebah radio, penerbit, penulis lirik dan pengatucara majlis yang berpengalaman. Kesemua lagu yang dipilih adalah lagu terbitan UMM sendiri dan juga katalog-katalog lama yang UMM peroleh hasil pembelian hak rakaman dan pengedaran muzik dari label-label terdahulu. Katalog ini merangkumi hampir kesemua produksi terbitan label EMI, Polygram dan beberapa syarikat tempatan seperti IMI, MVM, Rumpun Records, Nawab Productions, Hijjaz Records dan Rahim Othman Production. Tidak dinafikan bahawa masih ada banyak lagi lagu-lagu popular label UMM yang tidak disenaraikan dalam album ini atas sebab-sebab tertentu.
Kesemua lagu yang dipilih dalam koleksi ini merupakan lagu-lagu yang sering berkumandang melalui siaran radio RTM di Malaysia, Radio Singapura, Radio Brunei dan radio-radio swasta. Lagu-lagu pelbagai genre ini juga adalah antara lagu yang sering menjadi juara carta lagu serta sering menjadi pilihan pendengar untuk ruangan permintaan sukaramai, pilihan lagu dan pilihan dj radio. Lagu-lagu dari pilihan ini juga selalu menjadi lagu ‘wajib’ untuk setiap rancangan hiburan TV sama ada berbentuk pertandingan atau realiti.
Bersempena sambutan 50 tahun ini, UMM telah menerbitkan sebuah terbitan ekslusif. Sebuah ‘box set’ yang memuatkan album 100 Lagu-Lagu Popular, Buku Nota EMI 50 Tahun dan Pelekat kereta ini diterbitkan.
Link YouTube http://youtu.be/DFiTutfbc4A
The post 100 Lagu-lagu Popular Pilihan DJ Chuari Selamat appeared first on EMI Music Malaysia.
sumber: http://bit.ly/1Ljgnlc
Tidak ada komentar:
Posting Komentar