Rabu, 09 September 2015

Siaran Media Konsert Search “Panggung Khayalan”

20150820040248

Search, satu nama yang tidak asing lagi di dalam industri muzik adalah sebuah kumpulan rock yang telah bertakhta di persada seni muzik lebih 34 tahun dan sehingga ke hari ini masih kekal aktif.

Kumpulan SEARCH masih lagi dibarisi ahli – ahli asalnya, dianggotai oleh Amy (vokalis), Kid (gitar utama), Din (gitar kedua), Nasir (gitar bas) dan Yazit (drum). Kumpulan ini masih kekal sebagai kumpulan rock paling popular di Malaysia.

Kumpulan yang terdiri daripada anak jati Johor ini akan kembali ke selatan tanahair untuk mempersembahkan satu konsert khas buat peminat – peminatnya melalui konsert SEARCH Panggung Khayalan.

Konsert SEARCH Panggung Khayalan adalah anjuran Universal Music Malaysia dengan kerjasama EduCity Iskandar Malaysia Sdn Bhd.

Konsert SEARCH Panggung Khayalanakan berlangsung seperti berikut :

Tarikh:24 Oktober 2015(Sabtu)
Masa:8.00 malam
Tempat:Kompleks Sukan EduCity, Nusajaya, Johor

Berkonsepkan gabungan rock dan panggung khayalan yang dipetik dari lagu “Panggung Khayalan” dalam album Rock n’ Roll Pie, SEARCH menjanjikan persembahan paling bertenaga yang pastinya akan memuaskan hati peminat-peminat yang hadir.

Konsert Panggung Khayalan ini bukan sahaja ibarat sirih pulang ke ganggang, malah Johor Bahru turut merupakan satu titik permulaan untuk SEARCH menjelajah ke seluruh tanahair. Konsert selama 2 jam ini turut mengundang peminat-peminat SEARCH dari Singapura dan Indonesia untuk sama-sama berhibur Jumlah penonton yang dijangka hadir adalah melebihi 10,000 orang.

Tiket-tiket ke konsert ini boleh didapati secara online di laman web Tiket HotLine http://www.tickethotline.com.my dengan serendah RM66 untuk tempat duduk biasa dan paling ekslusif adalah RM756 untuk VIP Premium. di mana Hanya 100 tiket VIP Premium dijual. Pemegang tiket VIP Premium juga dijemput hadir ke majlis khas (post party) selepas konsert, bersama semua ahli SEARCH. Harga tiket adalah termasuk GST.

Selain secara online, tiket juga boleh didapati di kaunter-kaunter berikut:

Kawasan Lembah Kelang: –

Ticket Hotline Office No, 96b, 2nd Floor, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr.Ismail, 60000 Kuala Lumpur.

Rock Corner The Curve G6, Ground Floor, The Curve Mutiara Damansara,No.6, Jln PJU 7/3, 47800 Petaling Jaya, Selangor.

Rock Corner Subang Parade LG 20 C & D, Subang Parade,No.5, Jalan SS 15/1,Petaling Jaya, Selangor.

Rock Corner The Gardens T-208 & T-053, 3rd Floor,Mid Valley Megamall,Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur.

Rock Corner Bangsar Village Bangsar Village, 1, Jalan Telawi 1,Bangsar, 59100 Kuala Lumpur

Kaunter Tiket di Johor: –

Kompleks Sukan EduCity Kota Ilmu, EduCity@Iskandar79200 Nusajaya JOHORTel : 07 509 5776

Butik Armada Lanun Johor 9-01 Jalan Dataran Larkin 3Taman Dataran Larkin80350 Johor Bahru JOHORTel : 017 747 4701

Banafe Village Lot 9022 Jalan Dato’ Abdullah Tahir80300 Johor Bahru JOHORTel : 07 333 3377

Amirazi Regina Di CafeNo 34 Batu 3¼ Jalan Skudai80200 Johor Bahru JOHORTel : 017 770 8660

Pihak Penganjur turut akan mengadakan roadshow sekitar Johor dan Singapura pada awal Oktober. Tiket-tiket juga boleh didapati di lokasi roadshow.Tiket mula dijual pada 7 Ogos 2015.SEARCH Panggung Khayalan diharapkan dapat mewarnai lagi industri muzik tanahair terutama seni muzik rock.

The post Siaran Media Konsert Search “Panggung Khayalan” appeared first on EMI Music Malaysia.



sumber: http://web.emimalaysia.com/2015/09/siaran-media-konsert-search-panggung-khayalan/

Tidak ada komentar:

Posting Komentar